Sunday, October 09, 2005

Kedai Gunting

Nie nak cete skit pasal kedai2 gunting rambut yg kita pernah pergi. Kita punya kedai favourite kat Klang, adalah kedai Cina yg kita dah pergi sejak 6 tahun yang lalu, on and offlah kiranya. Tuan punya kedai tu budak2 muda tapi ketua dia cam lebih kurang umur kitalah. Suka pergi kedai tu sebab waiting time dia boleh tahan, kira 1st come 1st serve basis, ambience dia ala2 moden kontemporary, tukang gunting, tukang cuci semua ok ok belaka. Yang paling best harga dia berpatutan dan yang paling dekat dgn rumah mak. So, takyahlah buang masa nak drive jauh jauh. Cuma yang tak tahan tu, diaorg nie pasang lagu cino jer memanjang but what the heck, as long as ada magazine, kita tak kisahlah.

So kat situlah kita selalu dok gunting rambut, cuci rambut, perm rambut, blow rambut dan buat hair treatment. Pelbagai pesyen kita dah cuba dan kita pun ada favoret hairstylist, bila dtg jer kita mesti nak dia buatkan segala galanya. Walaupun bahasa Melayu dia kureng campur pulak dgn pelat cina dia, tapi dia mesti paham apa kita nak, we got chemistrylah kiranya. Bila dah habis, kita mesti puji dia melambung lambung dan dia mesti cakap "Taank kiu, taank kiu ah Ah Moi". Tapi lepas a few years, dia berenti, terpaksalah kita cari tempat lain....

Kita cubalah pulak kat Peek A Boo, dekat dgn rumah mak mentua kita pulak. Dalam banyak banyak hairstylist yg kita pernah cuba, he's the best but I forgot his name. Dia nie set2 lembut, cakap engris campur telo cina :) Yang paling kita tak tahan, herge dia makk oii mahallah..setakat wash+cut+blow=RM48 bolehlah tahan tapi kalau perm, RM250+ puyooo, itu tak campur dgn produk yg dia suruh kita beli, nipislah purse kita. Memandangkan kita nie pun dah jadi ibu dan takdelah masa dan uwang nak asyik dok berulang alik ke hair saloon, kita pun terpaksalah men'downgrade'kan status, so pergilah balik ke kedai kat Klang tuh.

So, last Saturday, teringat nak trim rambut yg dah bercabang cabang mcm ekor ayam jantan nie, kalau boleh masa awal bulan puasa, takdelah sibuk sangat. Kita pun pergilah ke kedai kat Klang tu, punyalah susah nak cari parkir, pusing keliling, pusing keliling 15 minit baru jumpa. Masuk jer kedai, dah ada 2 org makcik, sorang tua, sorang muda, macam mak dgn anak, pekerjanya sorang jer. Si mak tgh dok syampu rambut, kita pun duduklah kat kerusi antik tu merewang. Tunggu punya tunggu, masa dah 40 minit berlalu, makcik tu pun dah set rambut lawa2 walaupun kedut muka seribu..heheh...alih2 turn anak dia pulak...cisss, ini takleh jadi, yang pekerja tu pun takdelah pulak sound kat kita yg kena tunggu lagi, apalagi....dari muka monyok 22 inci terus jadik 44 inci, geram giler, mulaler kita nak sound. Dengan nada menahan geram, kita bukak mulut " Execuse me, this gonna take another hour rite??" "Oh soli ah, soli ahh". "I'll be back laytur!" I said to him while storming out from the shop. Bengang giler...dalam hati, "Don't you have courtesy to even tell me that it's gonna take another hour for your turn, you may come back after an hour or so" bummer! Bukannya dia tak kenal kita nie hah...masa keluar tuh, dok menyumpah "No way i'm gonna step into your shop again!".

Kita pun call cik abang, mintak tolong drivekan kita pergi cari kedai lain, nasib baik sungguh ada kedai gunting pompuan 1 block away from the 1st shop. So, kitapun ding donglah pintu dia, duduk sekejap kat waiting area, then took a seat. Bila dah habis soal jawab, kita pun biarleh hairstylist tu godek godek rambut nih. Dalam hati dok berdoa, janganlah kita mintak lain, dapat lain, kita mintak Jennifer Aniston dapat Jennifer Lopez ha ha ha...

Macam-macam yg kita pernah lalui, yang mungkin orang lain boleh buat iktibar :)

1. Kalau dah tahu rabun jauh, pakailah contact lense dan jangan pakai spec mata. Sebabnya, bila dah siap, pakai jer spec, macam-macam kezutan boleh berlaku. "What? My hair! My hair! Where's my hair?"

2. Kita tak tahan betul kalau perm rambut, udahler lama, pastu kena tahan bau ubat kencing kuda heheh

3. Bila diaorang potong rambut bahagian tepi muka dekat dgn mata, mesti kita pejam mata rapat-rapat. Takut sungguh bila diaorg tu pusingkan gunting masa lepas sikat..macam "Wild Bill" pusingkan pistol dgn gaya cowboy.

4. Bila nak blow dry, lagi satu seksaan, panas ya amat. Udahler rambut kita nie tak setebal mana, lepas tuh diaorg suka sgt dok hantukkan blow dryer yg gedabak tuh kat kepala kita...dangg.

5. Bila cuci, pernah sekali kita dapat tukang cuci yg kukunya pjg yg amat, sampai luka tengkok kita :(

6. Ada gak yang tukang cuci, heemmm hampas, macam tak cuci jer rambut kita nie, cuci yg tak kena kuku kat kulit kepala tuh, ala ala yang letak tangan kat atas kepala jer.

7. Yang paling kita tak tahan, udahler dapat crappy service, ada hati pulak tu suruh kita beli produk dia. Kalau takat puluh2 takpe gak, ini sampai ratus2...sorilerr, next time, dudette.

8. Pernah tak rasa, pompuan pakai sleevless, angkat tangan tinggi tinggi, potong rambut depan kita, ketiak dia kita boleh cium, wah liauu ehhh....hahaha...ini kita disgress jerlah.

Walau apa2 pun nasib baiklah aktiviti kita ke hair saloon dah byk berkurangan, 2-3 bulan sekali jer, itu pun wash, cut and blow, maybe once a year for hair treatment. Although I can ask my sista or my mother to give me a haircut, I treat the visits to hair saloon as for pampering oneself, wind down and chill.

Selamat Berbuka Puasa to ALL.



3 comments:

bertique said...

hahaha .. kita pun slalu gi saloon, tapi mesti kat johor jek .. haha murah jek 15 inggit jek dah siap potong .. dasar salun murahan, tapi yg penting kita happy.

sekali tuh g la ke alamanda tau awak, kita potong rambut .. cuci bagai, i punya stylist ni cina pompuan .. tak de la bergetah sgt, ala2 maghrib gitu .. tapi yg penting dia potong cun, siap promo utk barang2 kecantikan rambut bagai .. i bli la wax rambut yg dia cadangkan tuh .. kalau yg masih bergetah + cun sure i bli ngan dia2 skali .. wahahah

eh apsal kita mengarut nih, tak pe la awak .. kita pun ada menyediakan resipi masakan, kalau senang nengok .. salin dan buat ekkk ..

eh ngapa kita ckp awak kita awak kita nih .. very der ta sesuwai tau.

ahaks!

zan said...

bertique : kueng kueng kueng...nasib bukan ah moi, kalau ah moi , gerenti bert beli semua brg kat kedai dan angkut dia sekali bawak balik...tapi takpelah rambut lelaki sempoi jer...nak senang gie kedai gunting rambut India jer, siap ada massage kan :)

OneEe : you boleh try tempat famygirl kat kelana jaya, tapi jauhlah dari rumah you.

trailsshoppers said...

Hi :)
bloghopping here

may u have prosperous 2009 year!
status update:
RSH Group Fashion Warehouse Sale : 16-18 January 2009
http://trailsshoppers.blogspot.com/2009/01/rsh-group-fashion-warehouse-sale-16-18.html